
"Wanita-wanita
yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat
wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk
laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang
baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh
mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia
(surga)."
(Surah An-nur : Ayat
26)
Ayat ini menunjukkan
kesucian 'Aisyah r.a. dan Shafwan dari segala tuduhan yang ditujukan kepada
mereka. Rasulullah adalah orang yang paling baik maka pastilah wanita yang baik
pula yang menjadi istri beliau.
Adakah kita (muslimat)
pernah berfikir walau sejenak, apakah kita tergolong dalam golongan wanita yang
baik?? Bagaimanakah seorang wanita yang baik itu?? Di manakah letaknya
kecantikan yang sebenar dalam diri seorang wanita itu...?? Mungkinkah ianya
terletak pada raut wajah kita..? Atau pada peribadi dan akhlak kita..?
Mungkinkah pada sepasang mata yang mengerling tajam? Atau mata yang kadang-kala
tersipu-sipu malu untuk mengerling manja??
Boleh jadi ianya
terletak pada bibir yang selalu memberikan senyuman manis bukan..? Tidak
mustahil juga ianya terletak pada hilai tawanya yang gemersik menyentuh
hati-hati lelaki.. Ada kemungkinan, ianya juga boleh terletak pada suara
manjanya yang lembut sekaligus melembutkan perasaan dan sanubari seorang
lelaki..
Jika diceritakan tentang keindahan seorang wanita, nescaya berjuta-juta perkataan, berjam-jam kuliah, beliter-liter air liur pun, takkan cukup untuk kita definisikan keindahan wanita ini.. Ianya sangat subjektif untuk kita menjawabnya. Inilah dia wanita.. Sesungguhnya, wanita-wanita yang solehah itu bakal mengisi borang kosong di syurga, juga merupakan hiasan dunia yang paling indah.. InsyaALLAH!!!
Jika diceritakan tentang keindahan seorang wanita, nescaya berjuta-juta perkataan, berjam-jam kuliah, beliter-liter air liur pun, takkan cukup untuk kita definisikan keindahan wanita ini.. Ianya sangat subjektif untuk kita menjawabnya. Inilah dia wanita.. Sesungguhnya, wanita-wanita yang solehah itu bakal mengisi borang kosong di syurga, juga merupakan hiasan dunia yang paling indah.. InsyaALLAH!!!
ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...
Syukur kehadrat
ILLAHI,kerana menjadikan kita (muslimat) seorang wanita yang insyaALLAH
memiliki keindahan-keindahan itu. Namun, walau 'concern' nya dijaga,
dipelihara, ditatap di hadapan cermin keindahan tersebut, ianya hanya lah
hiasan yang tidak kekal lama. Lama kelamaan, ia akan pergi juga kerana wajah
akan semakin suram, rambut mula 'melahirkan' uban, mata akan menjadi kelam,
kulit akan semakin 'berkedut'.. Namun, ada yang akan tetap kekal bersama kita
sehingga akhir hayat, iaitu akhlak @ peribadi muslimah yang dipupuk dengan iman
dan ibadah..
