Wednesday, October 9

Di Manakah Cantiknya Seorang Muslimah Itu??


"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki- laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)."
(Surah An-nur : Ayat 26)

Ayat ini menunjukkan kesucian 'Aisyah r.a. dan Shafwan dari segala tuduhan yang ditujukan kepada mereka. Rasulullah adalah orang yang paling baik maka pastilah wanita yang baik pula yang menjadi istri beliau.

Adakah kita (muslimat) pernah berfikir walau sejenak, apakah kita tergolong dalam golongan wanita yang baik?? Bagaimanakah seorang wanita yang baik itu?? Di manakah letaknya kecantikan yang sebenar dalam diri seorang wanita itu...?? Mungkinkah ianya terletak pada raut wajah kita..? Atau pada peribadi dan akhlak kita..? Mungkinkah pada sepasang mata yang mengerling tajam? Atau mata yang kadang-kala tersipu-sipu malu untuk mengerling manja??
Boleh jadi ianya terletak pada bibir yang selalu memberikan senyuman manis bukan..? Tidak mustahil juga ianya terletak pada hilai tawanya yang gemersik menyentuh hati-hati lelaki.. Ada kemungkinan, ianya juga boleh terletak pada suara manjanya yang lembut sekaligus melembutkan perasaan dan sanubari seorang lelaki..

Jika diceritakan tentang keindahan seorang wanita, nescaya berjuta-juta perkataan, berjam-jam kuliah, beliter-liter air liur pun, takkan cukup untuk kita definisikan keindahan wanita ini.. Ianya sangat subjektif untuk kita menjawabnya. Inilah dia wanita.. Sesungguhnya, wanita-wanita yang solehah itu bakal mengisi borang kosong di syurga, juga merupakan hiasan dunia yang paling indah.. InsyaALLAH!!!

ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...

Syukur kehadrat ILLAHI,kerana menjadikan kita (muslimat) seorang wanita yang insyaALLAH memiliki keindahan-keindahan itu. Namun, walau 'concern' nya dijaga, dipelihara, ditatap di hadapan cermin keindahan tersebut, ianya hanya lah hiasan yang tidak kekal lama. Lama kelamaan, ia akan pergi juga kerana wajah akan semakin suram, rambut mula 'melahirkan' uban, mata akan menjadi kelam, kulit akan semakin 'berkedut'.. Namun, ada yang akan tetap kekal bersama kita sehingga akhir hayat, iaitu akhlak @ peribadi muslimah yang dipupuk dengan iman dan ibadah..


Monday, October 7

Kota Sultan Ismail Petra serta pelbagai monumen bersejarah berdekatan

Kawasan Kota Sultan Ismail Petra ini merupakan kawasan tumpuan utama pelancongan di Kelantan. Terdapat pelbagai monumen bersejarah di sini seperti Padang Merdeka, Bank Pitis, Bank Kerapu, Istana Jahar dan Istana Balai Besar.
Selain monumen bersejarah, anda juga boleh melawati tempat menarik lain yang berdekatan seperti Kampung Kraftangan, Muzium Kraftangan, Muzium DiRaja, Masjid Muhammadi dan Menara Tambatan Di Raja.
Jika bercuti di Kelantan, jangan lepaskan peluang berkunjung ke kawasan ini terutamanya jika anda pertama kali ke Kelantan.
Artikel ini kami cuba rangkumkan kesemua tempat-tempat tersebut bagi memudahkan rujukan anda.
Setiap monumen mempunyai sejarah serta latar belakang tersendiri. Untuk info sejarah yang lebih lengkap, anda boleh dapatkan terus apabila berkunjung ke sini dengan membaca informasi yang disediakan di setiap monumen.
Kesemua tempat-tempat yang disebutkan ini adalah berdekatan dan anda boleh berjalan kaki sahaja.

Kota Sultan Ismail

Kota Sultan Ismail Petra
Pintu Gerbang atau Menara Rehal di Kota Sultan Ismail Petra, mercu bandar Kota Bharu
Kawasan Parking Kota Sultan Ismail
Kawasan parking di dataran Kota Sultan Ismail. Agak sibuk pada waktu cuti sekolah.

Padang Merdeka

Padang Merdeka
Padang Merdeka
Padang Merdeka  yang sekarang ini dijadikan lokasi perarakan dan upcara rasmi. Dahulunya ia dikenali sebagai Padang Bank. Terdapat tugu peringatan perang dunia pertama.

Istana Balai Besar

Pintu Kota Istana Balai Besar
Pintu Kota Istana Balai Besar
Istana Balai Besar 1907
Istana Balai Besar tahun 1907. Foto Arkib
Istana Balai Besar inilah kediaman rasmi Sultan Kelantan dahulu. Tahun wujudnya bandar Kota Bharu sama dengan pembinaan istana ini iaitu pada tahun 1844.  Sekarang ini, istana ini tidak lagi menjadi kediaman rasmi Sultan Kelantan, tetapi masih digunakan jika ada upacara dan adat istiadat rasmi DiRaja.

Istana Jahar

Istana Jahar - Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan
Istana Jahar – Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan
Istana Jahar yang dahulunya sebuah istana kediaman Sultan. Sekarang ini ia sudah menjadi Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan. Istana ini mempunyai warisan seni bina Melayu yang indah dan unik.

Bank Kerapu

Bank Kerapu - Muzium Perang
Bank Kerapu – Muzium Perang
Bank Kerapu yang sekarang ini dijadikan memorial peperangan. Terdapat pelbagai bahan pameran perang seperti gambar-gambar, artikel serta artifak bersejarah.

Bank Pitis

Bank Pitis
Bank Pitis
Bank Pitis, pitis adalah matawang Kelantan pada zaman dahulu. Sekarang ini pun masih ramai yang menggunakan perkataan pitis yang bermaksud wang.

Muzium DiRaja

Muzium DiRaja
Istana Batu – Muzium DiRaja

Kampung Kraftangan

Kampung Kraftangan
Kampung Kraftangan
Terdapat pelbagai warisan seni dan ukiran di Kampung Kraftangan ini. Dalam Kampung Kraftangan ini juga terdapat Muzium Kraftangan. Baca info Kampung Kraftangan lebih lanjut. 

Masjid Muhammadi

Masjid Muhammadi
Masjid Muhammadi.
Masjid Muhammadi adalah antara masjid tertua dan terkenal di Kelantan. Bagi yang beragama Islam, boleh berehat dan solat di sini apabila penat berjalan-jalan di kawasan sekitar.

Menara Tinjau Tambatan DiRaja

Menara Tambatan DiRaja
Menara Tambatan DiRaja. Di tepi sungai Kelantan. Bayaran dikenakan untuk naik atas.
Pemandangan Dari Menara Tambatan Di Raja
Pemandangan dari Menara Tinjau Tambatan Di Raja

Tuesday, September 24

Nasib Badak Si Badak Sumbu

Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar.. Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok (jangan tak gosok) keluarlah seorang jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.

Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.
Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe ........
Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei
Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu..
Lepas tu jin tu kata " Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2"
Badak tu pikir sejenak lepas tu kata " Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya". Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh..
"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin. Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebar tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"
Jin tu pun kelipkan mata, bling.... Maka meraunglah badak sumbu tu sepuas2nya..
"Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah"

Tuesday, September 17

Cara Mengenali Lelaki Panas Baran

Tips mengenali lelaki panas baran.;

1) Biarkan Dia Menunggu
Sebenarnya untuk membezakan lelaki itu panas baran atau tidak adalah tergantung kepada raut wajah serta sikapnya. Perhatikan perkara ini. Anda keluar bersamanya tetapi lewat tiba. Marahnya berapi-api seolah-olah perbuatan anda itu adalah satu kesalahan besar. Jika begini karakter lelaki, dia sebenarnya seorang lelaki yang panas baran kerana tidak sanggup menunggu pada satu kejadian kecil dalam hidupnya. Kalau lelaki yang panas baran, dia tentu akan menghamburkan kata-kata menyakitkan hati dan oleh itu, anda harus berhati-hati dengan lelaki begini.

2) Minta Dia Mengajar Sesuatu
Dalam mencari erti kesabaran, cuba perhatikan perkara ini juga. Mintalah dia mengajar anda sesuatu. Kalau kata-katanya agak pedas dan panas di telinga anda, itu tandanya dia seorang yang panas baran dan agak sukar berunding. Lelaki yang penyabar akan mengajar anda sehingga pandai tetapi lelaki panas baran akan mudah melenting bila anda tidak berjaya mengikut apa yang dia inginkan.

3) Lihat Caranya Melayan Anak Kecil
Umum mengetahui kanak-kanak banyak karenah. Oleh itu sewaktu bersamanya, bawa sekali anak saudara anda yang masih kecil. Tinggalkan mereka dan lihat cara mereka menanganinya.

4) Cemburu Atau Tidak
Percaya atau tidak, lelaki yang panas baran biasanya seorang lelaki yang kuat cemburunya. Ada kalanya perbuatan cemburunya itu nampak mengarut tambah-tambah lagi cemburu pada hal yang remeh temeh. Justeru itu,  sebelum membuat pilihan kajilah semua sikap lelaki agar anda tidak menyesal di kemudian hari. Baran berkaitan dengan sikap dan semestinya sikap boleh diubah. Sebagai lelaki andalah khalifah kepada pasangan, justeru itu tunjuklah moral yang baik kepada pasangan.


Friday, September 13

Kretiviti Yang Menakjubkn


Inovasi ialah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea-idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.

Khasiat Kesihatan Green Tea / Teh Hijau

Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaat kan. Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah:
  1. Membantu mengawal tekanan darah tinggi
    • Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.

  2. Membantu mengawal paras gula darah
    • Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.

  3. Membantu dalam sesetengah penyakit barah
    • Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.

  4. Menguatkan sistem imun
    • Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.

  5. Menurunkan aras kolesterol
    • Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

  6. Menggalakkan pembakaran lemah
    • Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2).
      Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadamam.